بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, December 27, 2010

weekend di Johor

hari nie aku bangun seawal 6.30 pagi sebab malam tadi gi bantai tido awal. penat kot 8 jam duduk dalam kete. walaupun bukan aku yang drive dari Johor balik Terengganu. tapi aku nak jugak penat. tak kire. makanye, baru hari nie lah ade kesempatan nak update blog. gila blog betul lah aku nie =.="

Sabtu 2 hari lepas, kitorang balik kampung di Johor sebab nak melawat atuk yang ditahan di wad Hospital Muar disebabkan paras gula yang tinggi dan sekali gus mengakibat kan beliau diserang gout. okay dah macam tulis berita dalam Metro plak rase. but he is getting better. so tak risau sangat lah.

balik dari hospital tu, mama ngan abah bawa pegi jalan-jalan kat Muar. walaupun kampung aku kat Pagoh, setengah jam je dari Muar tu, tapi sebelum nie tak pernah lagi jenjalan kat Muar. plus balik kampung sane pun 2, 3 kali je setahun. sadiss betul. takpe lah, kali nie abah bawa pusing-pusing okay? (kata abah kepada anak-anaknye)

by that time perut pun dah lapar, so abah bawa pegi makan kat tempat mama ngan abah selalu dating makan mee bandung muar mase belum kawen duluu. ececehh ingat lagi ye dorang. hebat betul! hehe. tapi aku tak makan pun mee bandung tu sebab tak bape minat. jenuh mama paksa makan. kesiann.

sebenarnye banyak sejarah mama ngan abah kat Muar. sebab kat sane lah tempat diorang bertemu jodoh. mama dulu mengajar kat MRSM Muar. abah pulak kerja dekat Bank Bumiputera. nak dipendekkan cerita, mama mule-mule jumpe abah dekat bank tu laa. haa sweet kan kann. lepas nie aku nak usha mamat keje bank pulak bolee? muahaha

tapi ade kenangan sedih jugak. sebab kat Muar nie jugak lah arwah abang lahir. buat pertama kalinya abah tunjuk tempat arwah dilahirkan. dekat Raja Specialist, Muar. teringat kata-kata mak pasal doktor yang sambut arwah dulu. doktor india tu ade cakap, "saya suka sambut baby orang Islam sebab baby diorang bersih mase lahir. so senang nak kasi cuci itu baby". haa lebih kurang gitu lah ayat die. terharu kot aku dengar! Alhamdulillah.. bersyukur sebab aku dilahirkan Islam. Islam itu indah :)

lepas tu terus balik kampung kat Pagoh. yang ade kat kampung cuma maktok ngan family Pak Uteh je. tapi tak sunyi pun sebab anak-anak Pak Uteh ade 5 orang hero. fuhh pening tak yah cakap. kejap gado, kejap nangis. biasa lah budak kann. yang sulung pun baru lepas PMR. so sembang ngan die je lah kat kampung tu. sebab nak online, tak bole. line broadband tak dapat coverage langsung. ish ishh

tido 1 malam je pun kat kampung tu. pastu gerak balik Terengganu sebab nak settle hal adik-adik yang nak sekolah. cuti sekolah dah nak habis. cuti aku pun tinggal 8 hari je lagi haa. esok malam nak balik KL balik. haishh pening bile ade banyak rumah nie.



p/s - ehh result dah tak lame! sumpah aku nebes gile nie! huhu

Wednesday, December 22, 2010

Perbezaan sebelum dan selepas "follow"


cuti sem kali nie memang aktif betul aku dengan blog. hari-hari nak update. tapi bile mengenangkan cuti tinggal lagi dua minggu, sedih wokk. nanti dah start sem, takde lah aku nak update hari-hari. sebab aku pun bukan lekat sangat kat bilik. kalau aku balik bilik nak tido tu pun kire mujur lah aku balik. kuikuikui

berkenaan tajuk kat atas tu. aku ade laa buat survey sikit berkenaan perbezaan bila kite dah follow atau belum follow. sebenarnye dulu aku konfius macam mane nak tau kalau kite dah follow blog tu ke belum. tapi sekarang, segalanya sudah terjawab. ececeh bajet hebat pun tak elok jugak kan? okay, mari kite lihat perbezaan die.

sebelum follow


selepas follow


so lepas nie kalau click button follow, die keluar box selepas follow nie, tak payah la nak follow sekali lagi kan. nanti jadi terdouble follow pulak. hehe


p/s - jom jom blogwalking lagi sementara cuti masih ade! :)

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates