بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Padah tak turunkan handbreak!


pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan dengan bunyi hon kereta bertubi-tubi. punah harapan aku nak sambung tido balik. geram, marah semua ade. aku memang pantang sikit kalau dengar bunyi hon nie. sebab tu kalau drive, aku tak suke sangat tekan hon. dah la aku baru je tido pukul 4.30 pagi tadi. ngantuk tak yah cakap la. tapi sekarang nie aku dah tak bole nak tido dah. sabau je lahh.

puncanye macam biase lah. ade kereta yang block kereta lain and tak turunkan handbreak die. dekat KL nie yang aku tak minat tu lah die. rumah berlambak-lambak. tapi tempat parking kereta ciput je. especially kalau duduk kat pangsapuri, apartmen ataupun kondominium. tak bole ke buat tempat parking macam dekat Shopping Mall tu? bertingkat-tingkat. senang orang nak parking nanti.

kat kawasan rumah aku nie kalau parking berlapis-lapis tu dah jadi trend agaknye. selagi muat nak sumbat kereta, hah sumbat laa celah mane pun. janji kereta tu tak halang jalan. tapi kesian kat driver yang baru dapat lesen. terketar-ketar diorang nak drive masuk kat celah-celah kereta yang parking berlapis-lapis nie. kadang-kadang tu sampai terpaksa tutup side mirror sebab sempit sangat laluan.

berbalik kepada kes handbreak tadi. dekat kawasan sini, kalau kereta tu dah parking block kereta lain, jangan la tak turunkan handbreak tu. susah orang nak alihkan kereta kau nanti. kalau orang tak dapat alih kereta kau, memang main hon bertubi-tubi laa sampai setengah jam. kalau kau tak turun alih kereta kau, alamat pecah la cermin kete kau. haruu

gangster betul rakyat Malaysia sekarang nie. dalam bonet kete masing-masing memang ade simpan kayu besbol agaknye. memang otai habis aku tengok mamat tu pukul cermin kereta sampai pecah tadi. fuhh dasat! yelaa, kalau aku pun geram. nak cepat pegi keje, ade pulak kereta block kan. tapi persoalan nye, patut ke buat macam tu? salah sape semua nie?

aku malas nak pikir. sebab otak aku akan mula berpikir bile dah start sem nanti. masa cuti nie aku akan "format" otak aku. so akan ade banyak "space" nak "save as" nanti. muahaha


p/s - aku nak sambung tido. tak kire! :P

Monday, December 27, 2010

kalau nak tido, jangan memandu!

nie entri tak puas hati. layankan je.


tak puas hati betul bila drive nak pegi mane-mane je, mesti terserempak dengan makhluk-makhluk yang suka tido time memandu. especially lelaki! aku tau bukan semua lelaki macam tu. tapi kebanyakannye memang suka drive kat lane belah kanan and then bawa 60 km/j sahaja. kalau itu kete "kelas memandu" aku boleh laa terima. dorang tu Lesen "P" pun takde lagi.

ini tidak, kete dah lawa habis. make-up sane sini. lampu brek sampai 6. siap ade lip lap macam lampu brek lori tu. ekzos pulak punye la besar. rasenye bole buat saluran paip kat belakang umah aku dah. tapi kalau harap kete je lawa, bunyi ekzos memekak sampai ke langit, kete pulak bergerak 60km/j je, baik pegi simpan je kete tu bawah kelambu. takde orang nak marah pun.

then bile aku yang "perempuan" and "bertudung" and "bawa kancil" nie memotong belah kiri, time tu baru laa rase terjaga dari mimpi yang lena kot. baru lah terhegeh-hegeh nak tekan minyak. and baru lah rasa tercabar nak gi potong balik. tah hape-hape je lahh perangai. jangan nak pandang rendah kat driver perempuan lahh. aku tak suke. itu je. sekian...

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates