بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!
Showing posts with label trend. Show all posts
Showing posts with label trend. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Ice Breaking Session

hari nie hari first masuk kelas untuk semester baru. macam biase laa. buat aktiviti ice breaking je. konon untuk kenalkan diri masing-masing kepada para pensyarah yang baru mengajar kitorang untuk sem nie. mujur ade satu subjek tu pensyarah yang same mengajar sem lepas, mengajar lagi untuk sem kali nie. kalau tak, banyak kali nak kene perkenalkan diri. gile malas nak ulang-ulang ayat! hishh

gambar hiasan
aku sebenarnye tak bape minat dengan "ice breaking session" nie. bukan sebab malu. takut pun jauh sekali. tapi sebab aku tak nampak ape faedah yang kite bole dapat melalui "ice breaking" nie. sorang-sorang kene bangun kenalkan diri masing-masing. tapi bile semua dah habis kenalkan diri, bape peratus je yang pensyarah tu ingat?

even mase aku jadi fasi sem lepas pun, ade sesi "ice breaking" nie, aku bukan pay attention pun dengan ape yang anak-anak buah aku cakap. kadang-kadang aku rase buat penat je dorang pot pet kat depan untuk perkenalkan diri masing-masing. sebab lambat laun aku still akan ingat nama diorang walaupun tanpa "ice breaking" nie.

"ice breaking" nie jugak bole aku kategorikan sebagai sesi perkenalan diri secara paksa. sebab kebanyakan nye memang tak rela untuk memperkenalkan diri masing-masing. tapi sebab dah kene suruh and dah jadi trend pun kat Malaysia nie, so nak taknak kene rela jugak laa. hmm

so, perlu ke ade sesi "ice breaking" nie? untuk ape?



p/s - hari nie baru nampak matahari menyinari bandar Kuantan! :D

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates