okay entri nie bukan nak perasan HOT tak tentu pasal. entri nie jugak bukan entri marah atau tak puas hati or yang sekutu dengannye. tapi aku cume rase macam dah cukup rimas ngan soalan-soalan cepu mas "kau tak apply jadi MPP ke Fatin?" hehhs
aku tau ramai yang mengidam nak jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) kat kolej nie. tapi bukan aku. aku tak berminat LANGSUNG. buat ape dapat sijil MPP tapi tak bole nak fokus belajar. aku nie bukan "mesin multitasking" yang bole buat semua keje dalam satu mase. aku tau kemampuan aku. sebab tu aku taknak terlibat dah dengan aktiviti kolej. malas nak tambah beban kat kepala. course aku nie bukan senang nak score. tambah-tambah lagi orang macam aku nie! hmm
cukup laa sem lepas aku jadi Fasilitator and terlibat dengan kebanyakan aktiviti anjuran MPP. aku dah tengok semua keje MPP. bukan senang. stress je aku tengok diorang. sibuk ke sane sini buat keje. tapi student lain tau nak kutuk je. dikate MPP tak buat keje langsung. korang yang kutuk tu ade tengok ke ape yang MPP buat? tapi tu laa, mulut orang kann. nak taknak kene tabahkan hati. ade MPP yang tak tahan sampai menangis. bukan senang nak jadi pemimpin. sungguh! sebab tu aku taknak ambil risiko nie.
sem nie aku nak hidup aman damai. malas nak join pape aktiviti dah melainkan yang wajib jelaa. biar orang kenal aku dengan keramahan aku. bukan dengan populariti murahan dengan cara menjadi seorang MPP. aku buat statement nie bukan berniat untuk mengutuk orang yang pernah jadi MPP atau bakal jadi MPP okay! tapi sebab ade mulut-mulut yang cakap bahawa aku nie dikenali ramai. so bole laa menang undian. weh korang ingat nie undian student popular ke ape? =.="
lepas nie kalau jumpe aku, tolong laa ubah soalan. tanye laa aku nie "sihat tak?", "dah makan belum?" "kalau belum, nak belanje makan.." haa kan best bunyi tu. nie tak! dah laa dari jauh dah terpekik nama official aku kat facebook nuh. ingat aku tak segan ke? segan owhh. merah je pipi. tapi tak nampak laa sebab aku gelap! muahaha
kesimpulan nye kat sini, ramai lagi yang layak untuk bertanding untuk jadi MPP. tapi bukan aku. fullstop! buat teman-teman seperjuangan yang bakal bertanding menjadi bakal pemimpin kat kolej nie, aku doakan korang berjaya mencapai ape yang korang impikan. jadilah pemimpin yang ikhlas dan sanggup berkorban. semoga suara pemimpin pelajar kali ini akan didengari oleh pihak atasan. aminnn :)
p/s - sepanjang kelas hari nie aku ngantuk je. ape nak jadi nie Fatin!
13 orang yg berminat dengan entri kat atas nie:
Taknak jadi MPP ke Fatin Rahmat?? :P
Hahaa sabau je laa ehh~
Sape tah yang menangis tak tahan tu.
taknak laa Syamimi Haziqah :P
hehe memang kene sabau sangat² nie. err yang menangis tu tak ingat pulak sape.
tapi sape yang makan cendawan, die lah yang rase mushroom! hoho :D
hehe rilek² think positive
itu tandanya ramai orang nak fatin jadi pemimpin diorang ;)
betolt u fatin, nak jadi MPP ni kena betol2 pandai bahagi masa, pandai nak study biler...busyyy memang la sgt busy kan...
Eyra : hehe dah pikir masak-masak dah eyra. malas laa nak terlibat ngan MPP. nanti org asyik kondem je. tension tension =.=
erm bawa bersabar yer kak fatin...smua nie dugaan
mzhany : kan? kene pandai manage mase. silap manage, abis tergadai semua. huhu
D : haha toksah nak berkoya online kat cafe. balik cepat! customer ramai nie :P
hahah. nak gelak. bukan gelak kan ko taw. tapi teringat time aku bertanding. org ramai tanye aku " eh, ko bertanding MPP ek?". ramai yg terkejut kot.hhahah.
[Insyirah Ibrahim] : okay laa tu. at least takde org paksa ko jadi MPP. tapi nape sampai ade yg terkejut? haha
sabau ka sabau. hahaa :P
sabau ka sabau. hahaa :P
Izzati : tengah sabau laa nie. yang kau post sampai 2kali nie apsal tah? hoho
Post a Comment