بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Happy Anniversary Mama, Abah!

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-24 mama, abah! ♥

pheww penat tunggu gamba loading. besau sangat kot saiz die. =.=" baru ingat nak tido awal. ececeh nak tido awal lah konon. alasan je tuu. petang tadi amek abah kat tempat keje die. pastu terus gerak gi Shah Alam sebab nak gi dinner kat sane. jalan punye la teruk jem. lepas maghrib baru sampai sane. pastu singgah umah adik kat depan UiTM tu, gi amek die then terus gi kedai makan. kalau tak silap name kedai makan kat Shah Alam tu, Putera Ayu. cehh padahal baru je tadi gi makan, dah lupa nama kedai pulak dah. kali nie tak order satay dah. abah belanja western food pulak. semua order yang same je sebab senang and bole makan cepat. tapi, lambat jugak haa siap ordernye.

ade rupa chicken chop tak?
patut laa lambat siap. decoration die tip top abes. sampai nak makan pun tak sampai hati. aku pun ambik gamba makanan macam orang gile tak penah jumpe makanan dulu baru makan. muahaha nasib tak makan kat tempat class. buat malu je kang.

alahh buat-buat malu nak bergamba pulak!
muka budak-budak tahan lapar. kesian.
lebih kurang je tinggi masing-masing
aku rase aku ikut baka abah. kecik-kecik comel je kan. tengok la adik-adik pun same besar dengan abah dah tu. sian abah nampak kecik je. eh dulu ade sedare tak sayang mulut pernah cakap kitorang nie tak bagi abah makan. sampai hati betul. abah tu sakit. sebab tu kecik je badan. abah, jaga kencing manis abah tu tau. jangan makan nasi sangat. dengar cakap mama tau. angah sayang abah! ♥

Semoga Mama dan Abah bersabar dengan kerenah kami. kami sayang Mama dan Abah.
kami doakan Mama dan Abah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.
aminnn ♥


p/s - esok nak balik kampung. tak dapat online dah. babaii~

Thursday, December 23, 2010

Dalam 2 minggu, 3kali makan satay!


terliur tak?
maaf kepada yang belum makan sekiranya anda terliur tengok gamba satay di atas :P

hehe sebenarnya tadi baru lepas makan satay untuk kali ke-3 dalam 2 minggu nie. tak tau laa kenape abah suka sangat beli satay. aku takde laa penggemar setia satay nie. tapi kalau dah dihidang, jangan tengok aje. kan kann?

gamba untuk terliur kali ke-2! HAHA
mase first abah beli satay (bukan first time okay!) first dalam bulan Disember nie. kalau tak silap aku, last week. tapi tak sure hari ape. then kali ke-2, abah belanja satay kajang hari sabtu hari tu sempena hari jadi mama. macam-macam jenis satay mama order. satay ayam, satay daging, satay perut and satay rusa!

err tak pernah makan satay rusa? hehe tak payah makan laa. tak sedap. mahal je lebih. daging die liat. rase die pulak tak tau nak describe macam mane. tapi strongly not recommended! haha kalau nak try satu cucuk tu bole laa.

tapi dalam banyak-banyak satay aku makan, satay dekat Kuantan jugak yang best. satay die sedap. plus kuah die cukup-cukup rase. tak pedas sangat, tak pekat sangat. nie yang buat aku rase tak sabar nak balik kolej nie. hoho. name kedai satay tu Satay Zul. meh nak promote sikit kedai tu mehh.


nie lah sedikit sebanyak rupa kedai Satay Zul yang aku jumpe dalam simpanan google tadi. kedai die senang je nak cari sebab tepi jalan. cehh padahal dulu sampai sesat aku cari kedai nie =.=" tapi kedai nie unik sikit sebab ade drive-thru. ade ke kedai satay lain kat Malaysia nie yang buat drive-thru? kalau ade, habaq maii! hehe


p/s - mak dah bagi arahan suruh tido awal. sebab esok pagi nak pegi breakfast kat luar makan roti canai. sebagai anak yg baik, aku kene lah tido awal dari biasa. so, selamat malam! ♥

Sunday, December 12, 2010

entry hari Ahad di Wet World (tanpa gambar)


tibe-tibe hari nie semangat pulak nak update blog. so dengan semangat yg ada, walaupun mata meminta untuk ditidurkan, aku memilih untuk menaip. bukan memilih KLCC seperti gadis itu. "die pilih KLCC dowh".

pagi tadi seawal 6.30 pagi aku bangun. lepas solat, terus pegi siapkan barang-barang. sementara tunggu mama masak, sambung balik mimpi makan banana split dengan Awal Ashaari. dipendekkan cerita, dalam 9.25 pagi, terpacak la kami depan pintu masuk Wet World tak ubah seperti askar yg berkawad di padang merdeka untuk sambutan kemerdekaan tahun lepas. keindahan dicemari lautan manusia. entah dari planet mane. semua berbaju merah berseluar hitam. then nampak satu banner tergantung,

---------------------------
"Hari Keluarga HKL
12 December 2010"
---------------------------

okay, tarik nafas dalam-dalam. tenangkan perut yg sedikit buncit. hembus di telinga. setengah jam beratur memang menguji jam tangan yg seakan tak bergerak jarumnya. rasa macam nak tolong tiup semua pelampung itik yg dijual di Plaza Alam Sentral berdekatan.

gelagat pengunjung tak kurang tak lebih. semua resah gelisah ibarat sang suami yg tengah menunggu sang isteri bersalin anak sulung. buat pengetahuan semua, ketinggian dibawah 85cm akan di-charge RM8. manakala yg selebihnya, RM10. tertarik pula dengan dialog budak separas pinggang tu bersama ibunya,

ibu budak : adik, cuba berdiri kat dinding tu kejap. ibu nak ukur nak tengok tinggi adik lebih tak dari 85cm. 
budak : okay ibu! hah tengok lebih tak?
ibu budak : tak tak. *sambil senyum bangga
budak : tak payah timbang berat skali ke ibu?

*okay, ayat last kau tu buat aku sentap! nasib baik kau budak dan tak tahu pape. hehhs

tepat pukul 10 pagi, kaunter tiket tertera "open". seperti kucing yg ditaburkan whiskas, semua pergi menyerbu kaunter untuk mendapatkan whiskas tiket. keadaan di dalam tak seperti di sangka. maka aku memutuskan untuk tidak menceritakan ape-ape. ini demi menjaga nama baik bini pengarah MBSA.

aktiviti kami seterusnya hanyalah bermandi-manda di air yg hanya setakat paras pinggang mat saleh berbini dua dan menjamu mata selera dengan bekalan yg dibawa. tak sehebat jiran meja sebelah yg membawa periuk belanga cap naga.

jam 1.00 petang adalah masa untuk pulang ke pangkal jalan kerana nikmat dunia hanyalah sementara. manakala nikmat berfacebook pula sudah sampai ke penghujungnya. renung-renungkan. 

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates