بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

pulang ke pangkuan masyarakat bergelar STUDENT!

tepat pukul 6.30 petang tadi aku sampai kat pagar kolej, then terus naik atas. tak berhenti dah untuk tumbprint! konon otai laa tu. yelaa, dah si Sean Kingston tu suruh naik je. takkan nak turun jugak peluk cium mesin tumbprint tu kan? lepas tu bile sampai kat impian, fuhh serabot aku tengok lautan manusia. sampai mesin gedegang pun dah tak nampak haa. semua nak bersedih-sedih berdrama dekat depan tu apekehal tah. haishh

demi untuk tidak merumitkan keadaan yang dah tersedia sesak tu, aku turun la dulu dari kereta untuk cari nama comel aku dekat board. cari dari aras 0, sampai aras 3, aikk nama aku takde? ade orang cakap aku DTP. hehhs nak makan kaki abah aku agaknye. gggrrr. nak taknak terpaksa laa gi jenguk bilik yang kosong. dan yang kosong hanya lah di aras 3! pheww

PENAT! itu je perkataan yang mampu aku luahkan buat masa nie. dah lame tak gune tenaga memang macam nie. buat keje sikit dah lembik. bukannye sikit barang aku tu. campur barang nak bisness lagi. ohh nasib baik abah tolong hantar sampai bilik yang kat ATAS skali tuu. sayanggg abah! eh ehh ade lagi tau junior bagi salam kat aku. tersipu-sipu kejap jawab salam. okay, toksah nak menggedik lebih-lebih.

lepas je roommate aku merangkap classmate aku, si Dyana Rafieqah nie sampai, terus kitorang kemas bilik dengan gigihnye! okay tipu. kitorang lepak dulu laa derr. penat kott! sambil tu, kitorang layan facebook mobile kejap. elehh bajet je. padahal free je pun. and buat pertama kalinya aku berjaya mengemas bilik dan semua barang sebelum pukul 8.30 malam! penat tapi berbaloi bile tengok bilik kemas jee. ngehee P.E.R.A.S.A.N!

haa nie nak cite bende sensitip sikit nie. sistem kolej makin lame makin canggih. tapi PINTU JAMBAN bile nak repair?! duhh nak mandi lame-lame pun rase tak secure je. memang laa semua "sama". tapi mesti ade malu maa. even tak sengaja tertayang pun malu doe! dah la air kat aras 3 nie bapak laa slow. nak mandi pun rase nak marah je. nak marah sangat pun tak bole sebab bukan aku yang bayar bil air. so, redha ye kawan-kawan :|

rutin biase tepat pukul 9, menapak pegi cafe demi sesuap nasi. menyesal tak sudah sebab lupe bawa tupperware! hambekk kau kene beli tupperware kat cafe. nasib baik RM1 jee. hish dah tak provide plastik sekarang naa? baguihh!

tengok laa makanan orang bajet nak kurus
macam mane lah nak kurus gini? nasib laa bilik tingkat atas skali. bole bakar sikit lemak degil yang dah tepu nie. tapi kalau hari-hari makan macam nie, bankrup aku! yang nie sahaja dah RM4 okay. esok aku makan sup sayur lah jawabnye. cehh pasal makanan pun nak berkire ke? eh mesti ahh! nak kurus kateee :P

pecah rekod ar hari nie aku tak pegi melepak bilik sape-sape pun. tah sape-sape yang duk bilik depan, sebelah and satu aras nie pun aku malas nak amek tau. nanti kalau rajin, aku roomwalking lahh. bole exercise bakar lemak sambil exercise mulut pot pet ngumpat orang. choiii songsang dah niat tuu!

baru terasa entri kali nie panjang dari biase. kan aku dah cakap aku suke membebel dalam blog nie. lagipun saje je nak cite bagi detail sikit. biar korang penat bace. alang-alang tu bole exercise biji mate tu skali. hikhik. selamat tidur semua warga KPMIM. esok kite ramai-ramai tabur duit bayar yuran ye! >__<



p/s - esok amek result kat mentor! oh nebesnye.. ape result aku? lol

Sunday, January 2, 2011

Akhirnya!!

dashboard dah bole buka!! yeahh!
selepas macam-macam cara aku buat, akhirnya rezeki berpihak kepada aku. Alhamdulillah.. walaupun dashboard aku sedikit berbeza dari sebelum nie, tapi asalkan aku bole update, blogwalking, and komen post pun dah cukup. tahun baru, dashboard baru wokk! haha

smart kan? :P

pagi tadi kene paksa bangun awal sebab nak teman sedara daftar kat UniKL. mengantuk aku duduk dalam kete. sempat jugak laa tido walaupun tak jauh mane pun tempatnye. proses pendaftaran pulak sangat sistematik. tak laa amek mase yg lame macam kolej aku tuu. taklimat ibu bapa pun kejap. tak payah bertikam lidah kat dewan pun. haha seronok mengutuk kolej sendiri yep.

lepas tu pegi Petaling Jaya, jenguk Tok Su punye bisnes cafetaria yang bakal bermula esok. diorang tak kemas pape pun lagi. terbaikk. aku pun tolong laa sikit-sikit kemas ape yg patut. lepas tu bisik kat abah, "jom balik abah". teruk betul perangai kan? haha sebenarnye dah ramai yg datang nak tolong kemas. so balik ahh, pe lagiii :D

mase on the way balik, aku doa mintak-mintak abah berhenti makan kat kedai. sebab aku MALAS gilee nak masak. hari nie memang hari malas aku agaknye. semua keje pun aku malas nak buat. bagus anak abah! dan akhirnya abah yg penjimat tu bawa pegi makan kat kedai. ohh tenkiu abah. lap you forever and ever ♥

sampai umah, online kejap pastu terus terbungkang membuta atas katil tak ingat dunia. maghrib baru bangun. itu pun sebab abah kejut. sakit gile kepala aku sebab dah lame tak tido waktu petang. sape suruh tido lepas asar kan? padan mukee.


p/s - esok akan terupdate cerita sepanjang 2010!


Thursday, December 23, 2010

Dalam 2 minggu, 3kali makan satay!


terliur tak?
maaf kepada yang belum makan sekiranya anda terliur tengok gamba satay di atas :P

hehe sebenarnya tadi baru lepas makan satay untuk kali ke-3 dalam 2 minggu nie. tak tau laa kenape abah suka sangat beli satay. aku takde laa penggemar setia satay nie. tapi kalau dah dihidang, jangan tengok aje. kan kann?

gamba untuk terliur kali ke-2! HAHA
mase first abah beli satay (bukan first time okay!) first dalam bulan Disember nie. kalau tak silap aku, last week. tapi tak sure hari ape. then kali ke-2, abah belanja satay kajang hari sabtu hari tu sempena hari jadi mama. macam-macam jenis satay mama order. satay ayam, satay daging, satay perut and satay rusa!

err tak pernah makan satay rusa? hehe tak payah makan laa. tak sedap. mahal je lebih. daging die liat. rase die pulak tak tau nak describe macam mane. tapi strongly not recommended! haha kalau nak try satu cucuk tu bole laa.

tapi dalam banyak-banyak satay aku makan, satay dekat Kuantan jugak yang best. satay die sedap. plus kuah die cukup-cukup rase. tak pedas sangat, tak pekat sangat. nie yang buat aku rase tak sabar nak balik kolej nie. hoho. name kedai satay tu Satay Zul. meh nak promote sikit kedai tu mehh.


nie lah sedikit sebanyak rupa kedai Satay Zul yang aku jumpe dalam simpanan google tadi. kedai die senang je nak cari sebab tepi jalan. cehh padahal dulu sampai sesat aku cari kedai nie =.=" tapi kedai nie unik sikit sebab ade drive-thru. ade ke kedai satay lain kat Malaysia nie yang buat drive-thru? kalau ade, habaq maii! hehe


p/s - mak dah bagi arahan suruh tido awal. sebab esok pagi nak pegi breakfast kat luar makan roti canai. sebagai anak yg baik, aku kene lah tido awal dari biasa. so, selamat malam! ♥

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates