tibe-tibe hari nie semangat pulak nak update blog. so dengan semangat yg ada, walaupun mata meminta untuk ditidurkan, aku memilih untuk menaip. bukan memilih KLCC seperti gadis itu. "die pilih KLCC dowh".
pagi tadi seawal 6.30 pagi aku bangun. lepas solat, terus pegi siapkan barang-barang. sementara tunggu mama masak, sambung balik mimpi makan banana split dengan Awal Ashaari. dipendekkan cerita, dalam 9.25 pagi, terpacak la kami depan pintu masuk Wet World tak ubah seperti askar yg berkawad di padang merdeka untuk sambutan kemerdekaan tahun lepas. keindahan dicemari lautan manusia. entah dari planet mane. semua berbaju merah berseluar hitam. then nampak satu banner tergantung,
---------------------------
"Hari Keluarga HKL
12 December 2010"
---------------------------
okay, tarik nafas dalam-dalam. tenangkan perut yg sedikit buncit. hembus di telinga. setengah jam beratur memang menguji jam tangan yg seakan tak bergerak jarumnya. rasa macam nak tolong tiup semua pelampung itik yg dijual di Plaza Alam Sentral berdekatan.
gelagat pengunjung tak kurang tak lebih. semua resah gelisah ibarat sang suami yg tengah menunggu sang isteri bersalin anak sulung. buat pengetahuan semua, ketinggian dibawah 85cm akan di-charge RM8. manakala yg selebihnya, RM10. tertarik pula dengan dialog budak separas pinggang tu bersama ibunya,
ibu budak : adik, cuba berdiri kat dinding tu kejap. ibu nak ukur nak tengok tinggi adik lebih tak dari 85cm.
budak : okay ibu! hah tengok lebih tak?
ibu budak : tak tak. *sambil senyum bangga
budak : tak payah timbang berat skali ke ibu?
*okay, ayat last kau tu buat aku sentap! nasib baik kau budak dan tak tahu pape. hehhs
tepat pukul 10 pagi, kaunter tiket tertera "open". seperti kucing yg ditaburkan whiskas, semua pergi menyerbu kaunter untuk mendapatkan whiskas tiket. keadaan di dalam tak seperti di sangka. maka aku memutuskan untuk tidak menceritakan ape-ape. ini demi menjaga nama baik bini pengarah MBSA.
aktiviti kami seterusnya hanyalah bermandi-manda di air yg hanya setakat paras pinggang mat saleh berbini dua dan menjamu mata selera dengan bekalan yg dibawa. tak sehebat jiran meja sebelah yg membawa periuk belanga cap naga.
jam 1.00 petang adalah masa untuk pulang ke pangkal jalan kerana nikmat dunia hanyalah sementara. manakala nikmat berfacebook pula sudah sampai ke penghujungnya. renung-renungkan.
6 orang yg berminat dengan entri kat atas nie:
wet world ramai tu hari ahad..mau sempit
Cik Gallus Gallus : tau takpe! sesak mengalahkan konsert double trouble. =.="
hahahahha...klakar doeh bca entry kali nie.....pndi wat lwak ea...hohoooho...klu d kn plih KLCC...wakakakkakaka
SecRetzZ Gurl'Z : haha sy memang berbakat dalam membuat lawak kan kan?
haipp kalo pilih KLCC, kene comolot wehh! haha
wahhh~
best la tuh kn maen air.
xrmai ke org kt sna?
CikCimi : best! sebab buat aktiviti sendiri. hehe :P orang ramai giloss. sesak abes. huhu
Post a Comment