بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!

Tuesday, December 7, 2010

tak solat tapi boleh berjaya?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua!
aku ade info nak share ngan korang-korang malam nie.
dapat dari mane? haa of course laa dari facebook! :)

hmm korang pernah tertanye-tanye tak, ade diantara kawan-kawan korang yang tak pernah solat, tapi die boleh berjaya?

ataupun

korang pernah tak cakap kat diri sendiri,
"hmm aku tak sembahyang pun boleh je berjaya"

"Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita."

Kenapa begitu?
Adakah anda tahu apa itu Istidraj?

"Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Dan biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj."

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.
Terdapat satu kisah yang ingin saya kongsi,

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Jika gagal terhadap satu-satu perkara itu, Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

"Aku tak solat, tetapi aku berjaya" Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.



saya hanya ingin berkongsi.
yang baik itu datangnya dari Allah SWT.
yang buruk itu datang dari diri sendiri.
wassalam.


4 orang yg berminat dengan entri kat atas nie:

Encik MamaT said...

terima kasih kerana berkongsi..
kita kena selalu muhasabah... selalu cek.. adakah apa yang kita dapat itu makin mendekatkan kita kepada Allah atau sebaliknya....

Fatin Rahmat said...

Encik Mamat : same-same! muhasabah diri tu penting kan? :)

omurice said...

lepas baca ni terubat hati yang gusar..yela selalu dapat kegagalan jer..tapi omu xpernah lah putus asa tapi kuatkan semangat...kuatkan setakat Omu mampu..yosh...salam ziarah dari Omu..

Fatin Rahmat said...

omurice : betul! kuatkan semangat. Allah sentiasa bersama kite. thanks sbb ziarah blog nie! :)

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates