بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!

Tuesday, December 7, 2010

Berdikari atau masih bergantung pada orang lain?


Penting bagi seseorang memiliki sikap berdikari dalam dirinya. Cubalah kuiz ini bagi menilai diri kamu berdikari atau masih bergantung pada orang lain?


SOALAN

1- KAMU PERGI MEMBELI BELAH BERSAMA KAWAN-KAWAN. SETIAP KALI MEMBELI  BARANG, KAMU :
a) Tanya pendapat penjual dahulu
b) minta pendapat teman
c) memilih sendiri

2- KAMU TERASA LAPAR TETAPI TIADA KAWAN-KAWAN YANG BOLEH MENEMANI KAMU. APA YANG KAMU LAKUKAN?
a) pergi ke restoran berdekatan , makan secepat mungkin.
b) bungkus makanan, makan dirumah.
c) makan sahaja seperti biasa di restoran walaupun bersendirian.

3- BAGI KAMU MEMANDU KENDERAAN SENDIRI ITU
a) sesuatu yang membahayakan
b) memenatkan! lebih baik jika ada driver.
c) seronok lebih bergaya dan berani

4- KAMU MERANCANG MEMBAWA ADIK KAMU MENONTON WAYANG,TETAPI IBU TIDAK MEMBENARKAN ADIK KAMU PERGI BERSAMA KERANA DIA AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEESOKAN HARINYA. KAMU:
a) merayu pada ibu dan tetap berdegil untuk pergi
b) membatalkan niat untuk pergi
c) cari kawan-kawan sebagai teman menonton wayang

5- KAMU TELAH DIMINTA UNTUK PERGI KE KURSUS YANG DIANJURKAN DI TEMPAT KERJA/SEKOLAH, KAMU PERGI KERANA:
a) bagi memperbaiki diri
b) bagi mengisi masa lapang
c) dalam keadaan terpaksa

6- SEKIRANYA KAMU MEMPUNYAI MASALAH, KAMU:
a) berkongsi masalah dengan teman rapat
b) menjauhkan diri dari orang lain
c) berusaha menyelesaikan masalah sendiri

7- KAMU BEGITU SEDIH KERANA GAGAL MENDAPATKAN APA YANG KAMU HARAPKAN, KAMU :
a) bergayut dalam telefon menceritakan kesedihan kamu
b) menangis
c) tidur

8- KAMU TERLALU LEMAH DALAM SALAH SATU MATA PELAJARAN. APA YANG KAMU SELALU LAKUKAN SETIAP KALI GAGAL MENYIAPKAN TUGASAN?
a) meniru buku tugasan kawan kamu
b) buat tidak kisah
c) minta bantuan teman mengajar

9- ANDAI KAMU ANAK KEPADA ORANG TERNAMA?
a) senang hati ada banyak wang
b) tertekan kerana tidak bebas, mana-mana sahaja orang kenal.
c) tidak ada rasa apa

10- SIFAT SI DIA YANG PALING TIDAK KAMU SUKAI.
a) terlalu mengongkong
b) terlalu selamba
c) mudah putus asa

11- BAGAIMANA CARA KAMU MEMINTA BANTUAN DARI TEMAN-TEMAN
a) minta secara terus-terang
b) berkias-kias minta tolong
c) ambil hati dia dahulu kemudian baru suarakan apa yang diminta

12- BAGI KAMU BERDIKARI ITU
a) tidak bergantung pada orang lain
b) setiap masalah diatasi sebdiri tanpa bantuan orang lain
c) berjaya memperoleh sesuatu atas usaha sendiri



JAWAPAN

LEBIH BANYAK “A”
Kamu seorang yang terlalu bergantung pada orang lain. Bagi kamu hidup tanpa teman adalah sesuatu yang begitu membosankan. Mungkin sudah biasa dimanjakan dan ramai yang selalu menghulurkan bantuan kamu jadi leka dengan sikap kamu itu. Orang seperti kamu tidak pandai menguruskan diri sendiri terutama apabila kamu ditimpa maslah. Hura hara hidup kamu apabila tiada yang sudi membantu. Cubalah berubah menyesuaikan diri untuk lebih berdikari kerana sampai bila kamu boleh mengharapkan orang bersama kamu. Sikap acuh tak acuh kamu juga akan makan diri kamu sendiri kerana untuk berjaya kamu seharusnya mempunyai pendirian sendiri bukan hanya bergantung pada orang lain membuat keputusan untuk kamu.

LEBIH BANYAK “B”
Tahniah! kamu adalah seorang yang seimbang bijak mengatur hidup kamu sendiri. Orang seperti kamu tergolong pada orang yang berdikari dan kamu pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan. Setiap keputusan yang kamu lakukan tidaklah hanya mengikut kepala kamu sahaja ada juga kamu mengambil kira orang sekeliling kamu.

LEBIH BANYAK “C”
Kamu tergolong daripada orang-orang yang terlalu berdikari. Sikap kamu yang berani disamping mempunyai keyakinan diri yang tinggi membuatkan kamu tidak ragu-ragu dengan setiap perkara yang kamu lakukan tanpa memperdulikan orang sekeliling. Orang yang tergolong dalam kelompok ini sungguh bertuah kerana kamu mudah berjaya dan mencapai apa yang kamu impikan. Kamu juga mempunyai ramai teman kerana mereka senang dengan sikap kamu yang tidak menyusahkan. Namun harus diingat ada masa kamu juga memerlukan seseorang dalam hidup bukan bergantung harap tetapi berkongsi sesuatu. Terlalu berdikari sehingga tidak menghiraukan sekeliling juga tidak baik kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kamu juga perlu mendapatkan khidmat nasihat orang lain demi kebaikan diri kamu.



so amacam? korang digolongan mane?
berdikari? or masih bergantung lagi?

12 orang yg berminat dengan entri kat atas nie:

syamimihaziqah said...

perghh ieqa banyak B! woo hooo~ :P

Fatin Rahmat said...

hah! memang kene sangat ieqa ngan B tu. :D

Unknown said...

kalau jawapan sama rata macam mana??hehe

Anonymous said...

adeyh!
aku memg tak berdikari!!!!

Fatin Rahmat said...

E.d.Y : haa ok laa kalo sama rata. kiranye, tak la berdikari sangat. and tak la bergantung sangat. hehe

Fatin Rahmat said...

Lelaki Ini : haha takpe, lame-lame nanti pandai la tu berdikari kan kan? :P

cimi said...

B untuk bola.
:P

Fatin Rahmat said...

CikCimi : yeah seimbang! good for you! :))

mumumeow said...

meow banyak b....x sngke..thkns 4 the post..huhu =)

Fatin Rahmat said...

mumumeow : B jugak? haa dah ramai dapat B nie. btw, thanks for the comment! :)

omurice said...

Omu dapat c, tapi xpernah pun berjaya...gagal memanjang jer..sedih..

Fatin Rahmat said...

omurice : dapat C? oh terlalu berdikari nie. takpe, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan? :)

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates