mari baca kisah hujung minggu aku kali nie, Unexpected Weekend.
kenapa unexpected eyh?
sebabnye...
segala yang terjadi dari hari Jumaat hari tu, semuanya tak dirancang and tak disangka. nak dikategori kan sebagai Unplanned Weekend pun bole laa. lebih kurang sama je tu :P nak dijadikan cerita, aku dengan roommate aku, D nie bosan gile hari Jumaat tu sebab takde aktiviti dah yang bole dibuat kat bilik. semua barang dah habis kemas.
lepas je dengar annoucement "pelajar boleh keluar atau pulang bermalam tanpa perlu mengisi borang" tak terpikir pun nak keluar sebab masa tu awal lagi. tapi lepas budak-budak lelaki balik dari sembahyang Jumaat, D cakap "jom outing!". aku pun ape lagi, "jom!". so kitorang kuar dari kolej dalam pukul 3. pukul 7 dah nak kene balik kolej. memang tak laa nak balik on time kan. bajet otai! :D
keluar outing kali nie pun tak tau sape yang join kitorang. sebab just ajak Ikhwan ngan Edie je. tapi bile tunggu kat cafe, tengok-tengok Yamin, Needzam ngan Faiz Infy pun join sekali. dah jadi macam outing ikut course and batch aku rase. destinasi kitorang lepas tu pegi Kuantan Parade. makan and karok sekali ngan diorang. lepas tu masing-masing berpecah sebab diorang nak pegi jamming kat Teruntum.
kebetulan ade kawan D nie bermurah hati nak hantarkan kitorang balik kolej. tapi sebelum tu sempat lagi pegi tapau Pizza Hut walaupun jam dah pukul 6.40 petang! memang menempah maut jee. itu laa kalau dah niat nak balik lambat, memang lambat laa jawabnye. hoho Pizza pulak siap dalam pukul 7.15 kalau tak silap. sebab ramai gile yang menunggu. sedikit berbulu jugak laa dengan pengurusan Pizza Hut Kuantan Parade tu. redha...
orang cakap alang-alang dah lambat, biar lambat betul-betul kan?
mase on the way balik ke kolej, jalan jem teruk. tibe-tibe aku dapat idea! "jom jalan-jalan pegi umah ieqa!" sebab D tak pernah pegi lagi umah ieqa. mase tu terpikir jugak nak tido umah ieqa je sebab dah lambat nak balik kolej. tapi bile memikirkan baju ape pun tak bawa, so singgah jela jawabnye. dah sampai depan umah ieqa baru aku call btau yang aku ade depan umah. nie kire kali ke-2 laa aku buat ieqa "terkejut" dengan kehadiran aku. wahaha kesiann :P
elok lepas aku call ieqa, D pulak dapat call yang die kene handle kem kat Taman Pertanian untuk hari Sabtu ngan Ahad. sungguh unexpected okay! so lepak kejap jela kat umah ieqa. kejap tak kejap pun, gosip tetap sempat! hoho lepas tu baru terpikir, kalau D pegi kem, takkan aku nak tido sorang kat bilik? bukan ape, kolej sekarang nie tengah hot dengan... (okay, malas nak cite)
then kitorang decide nak datang balik umah ieqa esok pagi nye. tapi mase dah sampai kat pagar kolej, kitorang terpikir niat jahat. nak kelentong pak guard tu! "err pakcik, kitorang nak naik kejap je nie. nak ambil barang yang tertinggal kat bilik" mule-mule pakcik tu macam taknak je nak lepas kitorang naik. tapi lepas tu beliau bagi lampu hijau! (unexpected again) haha ape lagii, kemas baju, keluar kolej semula pegi umah ieqa. memang terasa yang kolej tu macam bapak kitorang punye je hari tu. >__<
sampai umah ieqa, salam mak die macam biase. dah rupe anak angkat mak ieqa pun ade gak. eh ehh kang kesok pulak Alya bace nie. haha gurau jee :P lepas tu aktiviti kitorang makan Pizza ngan tengok DVD cuti-cuti cinta. abes je tengok movie, sambung gosip lagii. yelaa, dah lame tak jumpe katee.
esoknye, hari Sabtu, aku ajar ieqa drive kete. sebab die cakap takde orang nak ajar die drive kete. so alang-alang aku datang umah, bole la ajar. Sungai Isap, Bukit Rangin, sampai ke Tunas Manja aku suruh ieqa drive. sempat jugak singgah umah Tinie. tapi bile tengok sunyi macam takde orang je, kitorang pun teruskan sesi pembelajaran.
berhenti simpang, tangkap gamba! :D |
petang tu pegi pasar malam dengan abah ngan mak ieqa skali. baru ingat nak buli ieqa drive pegi pasar malam! takpe, Ahad masih ade. balik dari pasar malam, keje aku hadap tv je. mule-mula layan konsert skali ngan ieqa and azza. lepas tu ieqa ngan azza lepak dalam bilik layan We Got Married, aku layan tv kat depan sorang-sorang. =.=
bile cerita kat tv dah bosan, baru aku masuk bilik. layan WGM skali ngan ieqa pulak. sampai pukul bape tah. yang pasti tido lambat, bangun pun lambat. dipendekkan cerita, esoknye hari Ahad tu mak ieqa suruh aku pegi beli barang kat kedai. terus aku suruh ieqa siap. sebab nak suruh die belajar drive lagi. ngehehe mase untuk membuli! :P keje aku cuma bawa keluar kete dari pagar je. lepas tu suruh ieqa drive. kuikuikui
petang tu D datang jemput aku balik kolej. yelaa, aku bukan budak praktikal. kene la balik kolej kan? hikhik. dah laa sampai kolej dalam pukul 6.40 petang. kalau bole nak balik lambat lagi tu. tapi malas laa nak cari pasal ngan felo. budak baik katee. hoho
bile entri 3 hari, nak himpun dalam satu entri, memang panjang berjela-jela laa jawabnye. adalah lebih baik aku tido sekarang sebab esok nak start kelas dah. first kelas untuk sem nie! :D
p/s - entri kali nie banyak sangat nama aku tulis! hehe
14 orang yg berminat dengan entri kat atas nie:
besh yerrr....
yea! ieqa da pandai drive. huhu..
pic tu kompem amek time berhenti. kalo tak, tak mungkin ieqa pandang kamera kan. huhu..
trahlicious : yang mane satu best? hehe
[Insyirah Ibrahim] : ieqa memang pandai drive pun. cuma kene berani sikit je. hehe
ha'a tu tangkap mase stop kat simpang jalan. kalau tengah drive, konpom khusyuk pandang depan! :D
huaaa nak jugaaaa..sobs..sobs,,,
deeba : nak jugak? jom jomm! haha nak ape tah? :P
kete Viva ke? ajar lah kete Wira, baru aummmm! hehe
Eyra : ha'a kete viva. dah suruh ieqa bawa kete wira. tapi die taknak sbb tak berani nak main gear. hehe
kesok kesok kesok! hahaha :PP
alya sham : hahaha meh nak kesok balik! >__<
saya ade jer laa kat umah.. nape xckp nk dtg..huu~ da laa xjd kuar..ades xpe len kali msih ade..nk kuar ajak sekali yep..hoho :P
~tiNie~ : huhu sorry tinie. tapi memang nampak umah tinie sunyi je. lagipun kitorang main pegi je kan. tak plan pun. hoho okay, next time kite kuar skali eyh! :D
hahahahahahahahahaha
ieqa : apsal tah gelak nie? =.=
Post a Comment