بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!
Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Monday, January 17, 2011

tolong jangan tanya tentang MPP!

okay entri nie bukan nak perasan HOT tak tentu pasal. entri nie jugak bukan entri marah atau tak puas hati or yang sekutu dengannye. tapi aku cume rase macam dah cukup rimas ngan soalan-soalan cepu mas "kau tak apply jadi MPP ke Fatin?" hehhs


aku tau ramai yang mengidam nak jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) kat kolej nie. tapi bukan aku. aku tak berminat LANGSUNG. buat ape dapat sijil MPP tapi tak bole nak fokus belajar. aku nie bukan "mesin multitasking" yang bole buat semua keje dalam satu mase. aku tau kemampuan aku. sebab tu aku taknak terlibat dah dengan aktiviti kolej. malas nak tambah beban kat kepala. course aku nie bukan senang nak score. tambah-tambah lagi orang macam aku nie! hmm

cukup laa sem lepas aku jadi Fasilitator and terlibat dengan kebanyakan aktiviti anjuran MPP. aku dah tengok semua keje MPP. bukan senang. stress je aku tengok diorang. sibuk ke sane sini buat keje. tapi student lain tau nak kutuk je. dikate MPP tak buat keje langsung. korang yang kutuk tu ade tengok ke ape yang MPP buat? tapi tu laa, mulut orang kann. nak taknak kene tabahkan hati. ade MPP yang tak tahan sampai menangis. bukan senang nak jadi pemimpin. sungguh! sebab tu aku taknak ambil risiko nie.

sem nie aku nak hidup aman damai. malas nak join pape aktiviti dah melainkan yang wajib jelaa. biar orang kenal aku dengan keramahan aku. bukan dengan populariti murahan dengan cara menjadi seorang MPP. aku buat statement nie bukan berniat untuk mengutuk orang yang pernah jadi MPP atau bakal jadi MPP okay! tapi sebab ade mulut-mulut yang cakap bahawa aku nie dikenali ramai. so bole laa menang undian. weh korang ingat nie undian student popular ke ape? =.="

lepas nie kalau jumpe aku, tolong laa ubah soalan. tanye laa aku nie "sihat tak?", "dah makan belum?" "kalau belum, nak belanje makan.." haa kan best bunyi tu. nie tak! dah laa dari jauh dah terpekik nama official aku kat facebook nuh. ingat aku tak segan ke? segan owhh. merah je pipi. tapi tak nampak laa sebab aku gelap! muahaha

kesimpulan nye kat sini, ramai lagi yang layak untuk bertanding untuk jadi MPP. tapi bukan aku. fullstop! buat teman-teman seperjuangan yang bakal bertanding menjadi bakal pemimpin kat kolej nie, aku doakan korang berjaya mencapai ape yang korang impikan. jadilah pemimpin yang ikhlas dan sanggup berkorban. semoga suara pemimpin pelajar kali ini akan didengari oleh pihak atasan. aminnn :)



p/s - sepanjang kelas hari nie aku ngantuk je. ape nak jadi nie Fatin!

Wednesday, January 5, 2011

pelik-pelik mainan kat facebook nie =.="

weehoo barang dah siap kemas! tak caye rase. aku ke tu yang kemas? err aku yang baru kot. yekks gelii den! well seperti dijanjikan, entri 2010 aku dah buat. dah siap. tapi... aku bukan taknak publish. cuma MALAS nak publish. save as draft tu better kot. banyak sangat kenangan. nak termuntah aku baca :P

dalam 2 3 hari nie aku rase makin pelik mainan ciptaan manusia dalam facebook. mungkin hanya suke-suke ataupun untuk menghilangkan bosan masing-masing bile dah hadap facebook 24/7 macam aku nie. tak kesah lah ape pun, yang penting setiap bende tu mesti ade baik buruk die kan. nie game die,

Send me a personal message to my inbox with a number ranging from 0.01 to 5000 and I'll make your number my status and what I think about you. The nice bit is that only you and I know what your number is. So eventhough it's public, it's secret.

hah! pernah tak nampak status nie diupdate di mane-mane? lepas tu dalam 3 4 minit, berlambak-lambak lah status bertajuk nombor nie kat news feed korang kan? quite annoying jugak lah bile setiap 5 minit orang yang same update status die. and secara tak langsung kite rase curious nak tau sape orang yang berkenaan dengan nombor-nombor tu. betul tak?

kadang-kadang rase macam bende nie kelakar je. macam orang dah takde keje sangat je nak main bende alah nie. tapi kan, it's sweet bile ade orang yang still ingat tentang diri kite. auww sumpah sweet! sebabnye kan, aku saje laa gi try request my number kat inbox 2 orang kawan nie. diorang nie kawan aku mase kat MRSM dulu. last aku jumpe diorang, tahun 2003. maknenye 8 tahun lepas okay!

and the result is, diorang ingat aku wehh! haha senyum lebar aku bace status diorang. okay, bangga sangat pun tak elok kan. tapi sumpah aku tak expect langsung yang diorang ingat pasal aku lagi. sebab aku sendiri pun tak bape ingat pasal diorang. thanks guys! gile terharu aku kot. nak nangis, over sangat tuu. hilang ke-macho-an aku nanti! >__<

tapi aku tak berani nak join main bende alah nie sekali. sebab aku takut nanti ade yang request dan aku tak tau nak describe ape pasal orang tu. kang kecik ati die, tak pasal-pasal dapat dosa. taknak laa kumpul dosa banyak-banyak dah sempena tahun baru yang mulia nie. ececeh ayat nak bajet suci jee.

dah laa tu kot. sejak ade blog nie aku rase aku kuat membebel sorang-sorang dalam blog macam orang gile sakai. taip pulak tu laju-laju macam budak tak cukup umur nak musnah kan keyboard. tapi aku bersyukur sekurang-kurang nye aku belum gila lagi. cuma selalu menghadapi masalah penderaan mental. takpe, kuatkan semangat. tabahkan hati ♥


p/s - esok nak balik penjara dah!

Monday, November 29, 2010

mengeluh japp

adoiii penat nyeeee!
lagi penat dari kucing nie tauuu
penat melayan line broadband yg tah pape je arinie. kejap ok, kejap hilang. mentang-mentang laa hujan je kann. haihh dah macam astro plak. hujan je tak dapat coverage. hampehh sungguh laa celcom nie. berjam-jam aku amek mase nak tukar layout blog nie. sayang jugak nak tukar sebab header layout yg lame tu dah ter'femes' dek bisnes printing tu. haha *poyo je lahh :P


lepas siap tukar layout tadi tetibe lapar plak. gi dapur takde makanan. pastu adik-adik hasut suruh turun beli makanan. *padahal aku pun mmg nak turun. haha dah laa mak abah dah tido. dipendekkan cerita, mase balik umah balik, terkejut tengok abah terpacak depan tv tengok citer P.Ramlee. pastu gelak-gelak plak bile tengok muke ktorng terkejut. adesss


ok, dah takde mende nk buat nie. nak gi kaco orang kat fesbuk tu pulok. adiosss! :)

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates