Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts
Thursday, January 20, 2011
Kemaafan adalah dendam yang terindah
entri ini ditulis oleh Fatin Rahmat pada jam 9:56 PM
tajuk entri dah macam tajuk lagu Aisyah. takpe, pinjam kejap je. jangan saman saya! :P
bulan lepas aku ade post satu entri MARAH kat sorang Hamba Allah nie. tapi malam nie baru laa aku tau segala-galanya. Hamba Allah tu dah explain kat aku kenapa die buat macam tu. itu pun lepas aku tanye direct kat Hamba Allah tu. kalau tak, entah sampai bile agaknye marah aku kat die. tapi nie bukan salah aku. siapa suruh die tak explain dari dulu kann..
tak kisah laa ape pun. janji aku dah maafkan die. bukan salah die pun. die cuma nak jaga hati awek die. tapi kenapa aku yang jadi mangsa? aku pun tak tau. lepas nie memang kene avoid kan diri dari mereka nie. aku taknak cari gaduh, taknak cari musuh.
p/s - online test now! babaii~
Monday, January 10, 2011
Unexpected Weekend
entri ini ditulis oleh Fatin Rahmat pada jam 2:24 AM
mari baca kisah hujung minggu aku kali nie, Unexpected Weekend.
kenapa unexpected eyh?
sebabnye...
segala yang terjadi dari hari Jumaat hari tu, semuanya tak dirancang and tak disangka. nak dikategori kan sebagai Unplanned Weekend pun bole laa. lebih kurang sama je tu :P nak dijadikan cerita, aku dengan roommate aku, D nie bosan gile hari Jumaat tu sebab takde aktiviti dah yang bole dibuat kat bilik. semua barang dah habis kemas.
lepas je dengar annoucement "pelajar boleh keluar atau pulang bermalam tanpa perlu mengisi borang" tak terpikir pun nak keluar sebab masa tu awal lagi. tapi lepas budak-budak lelaki balik dari sembahyang Jumaat, D cakap "jom outing!". aku pun ape lagi, "jom!". so kitorang kuar dari kolej dalam pukul 3. pukul 7 dah nak kene balik kolej. memang tak laa nak balik on time kan. bajet otai! :D
keluar outing kali nie pun tak tau sape yang join kitorang. sebab just ajak Ikhwan ngan Edie je. tapi bile tunggu kat cafe, tengok-tengok Yamin, Needzam ngan Faiz Infy pun join sekali. dah jadi macam outing ikut course and batch aku rase. destinasi kitorang lepas tu pegi Kuantan Parade. makan and karok sekali ngan diorang. lepas tu masing-masing berpecah sebab diorang nak pegi jamming kat Teruntum.
kebetulan ade kawan D nie bermurah hati nak hantarkan kitorang balik kolej. tapi sebelum tu sempat lagi pegi tapau Pizza Hut walaupun jam dah pukul 6.40 petang! memang menempah maut jee. itu laa kalau dah niat nak balik lambat, memang lambat laa jawabnye. hoho Pizza pulak siap dalam pukul 7.15 kalau tak silap. sebab ramai gile yang menunggu. sedikit berbulu jugak laa dengan pengurusan Pizza Hut Kuantan Parade tu. redha...
orang cakap alang-alang dah lambat, biar lambat betul-betul kan?
mase on the way balik ke kolej, jalan jem teruk. tibe-tibe aku dapat idea! "jom jalan-jalan pegi umah ieqa!" sebab D tak pernah pegi lagi umah ieqa. mase tu terpikir jugak nak tido umah ieqa je sebab dah lambat nak balik kolej. tapi bile memikirkan baju ape pun tak bawa, so singgah jela jawabnye. dah sampai depan umah ieqa baru aku call btau yang aku ade depan umah. nie kire kali ke-2 laa aku buat ieqa "terkejut" dengan kehadiran aku. wahaha kesiann :P
elok lepas aku call ieqa, D pulak dapat call yang die kene handle kem kat Taman Pertanian untuk hari Sabtu ngan Ahad. sungguh unexpected okay! so lepak kejap jela kat umah ieqa. kejap tak kejap pun, gosip tetap sempat! hoho lepas tu baru terpikir, kalau D pegi kem, takkan aku nak tido sorang kat bilik? bukan ape, kolej sekarang nie tengah hot dengan... (okay, malas nak cite)
then kitorang decide nak datang balik umah ieqa esok pagi nye. tapi mase dah sampai kat pagar kolej, kitorang terpikir niat jahat. nak kelentong pak guard tu! "err pakcik, kitorang nak naik kejap je nie. nak ambil barang yang tertinggal kat bilik" mule-mule pakcik tu macam taknak je nak lepas kitorang naik. tapi lepas tu beliau bagi lampu hijau! (unexpected again) haha ape lagii, kemas baju, keluar kolej semula pegi umah ieqa. memang terasa yang kolej tu macam bapak kitorang punye je hari tu. >__<
sampai umah ieqa, salam mak die macam biase. dah rupe anak angkat mak ieqa pun ade gak. eh ehh kang kesok pulak Alya bace nie. haha gurau jee :P lepas tu aktiviti kitorang makan Pizza ngan tengok DVD cuti-cuti cinta. abes je tengok movie, sambung gosip lagii. yelaa, dah lame tak jumpe katee.
esoknye, hari Sabtu, aku ajar ieqa drive kete. sebab die cakap takde orang nak ajar die drive kete. so alang-alang aku datang umah, bole la ajar. Sungai Isap, Bukit Rangin, sampai ke Tunas Manja aku suruh ieqa drive. sempat jugak singgah umah Tinie. tapi bile tengok sunyi macam takde orang je, kitorang pun teruskan sesi pembelajaran.
| berhenti simpang, tangkap gamba! :D |
petang tu pegi pasar malam dengan abah ngan mak ieqa skali. baru ingat nak buli ieqa drive pegi pasar malam! takpe, Ahad masih ade. balik dari pasar malam, keje aku hadap tv je. mule-mula layan konsert skali ngan ieqa and azza. lepas tu ieqa ngan azza lepak dalam bilik layan We Got Married, aku layan tv kat depan sorang-sorang. =.=
bile cerita kat tv dah bosan, baru aku masuk bilik. layan WGM skali ngan ieqa pulak. sampai pukul bape tah. yang pasti tido lambat, bangun pun lambat. dipendekkan cerita, esoknye hari Ahad tu mak ieqa suruh aku pegi beli barang kat kedai. terus aku suruh ieqa siap. sebab nak suruh die belajar drive lagi. ngehehe mase untuk membuli! :P keje aku cuma bawa keluar kete dari pagar je. lepas tu suruh ieqa drive. kuikuikui
petang tu D datang jemput aku balik kolej. yelaa, aku bukan budak praktikal. kene la balik kolej kan? hikhik. dah laa sampai kolej dalam pukul 6.40 petang. kalau bole nak balik lambat lagi tu. tapi malas laa nak cari pasal ngan felo. budak baik katee. hoho
bile entri 3 hari, nak himpun dalam satu entri, memang panjang berjela-jela laa jawabnye. adalah lebih baik aku tido sekarang sebab esok nak start kelas dah. first kelas untuk sem nie! :D
p/s - entri kali nie banyak sangat nama aku tulis! hehe
14 orang yg berminat dengan entri kat atas nie
dibawah kata kunci hujung minggu, jalan-jalan, kawan, lepak
Wednesday, January 5, 2011
pelik-pelik mainan kat facebook nie =.="
entri ini ditulis oleh Fatin Rahmat pada jam 2:47 AM
weehoo barang dah siap kemas! tak caye rase. aku ke tu yang kemas? err aku yang baru kot. yekks gelii den! well seperti dijanjikan, entri 2010 aku dah buat. dah siap. tapi... aku bukan taknak publish. cuma MALAS nak publish. save as draft tu better kot. banyak sangat kenangan. nak termuntah aku baca :P
dalam 2 3 hari nie aku rase makin pelik mainan ciptaan manusia dalam facebook. mungkin hanya suke-suke ataupun untuk menghilangkan bosan masing-masing bile dah hadap facebook 24/7 macam aku nie. tak kesah lah ape pun, yang penting setiap bende tu mesti ade baik buruk die kan. nie game die,
Send me a personal message to my inbox with a number ranging from 0.01 to 5000 and I'll make your number my status and what I think about you. The nice bit is that only you and I know what your number is. So eventhough it's public, it's secret.
hah! pernah tak nampak status nie diupdate di mane-mane? lepas tu dalam 3 4 minit, berlambak-lambak lah status bertajuk nombor nie kat news feed korang kan? quite annoying jugak lah bile setiap 5 minit orang yang same update status die. and secara tak langsung kite rase curious nak tau sape orang yang berkenaan dengan nombor-nombor tu. betul tak?
kadang-kadang rase macam bende nie kelakar je. macam orang dah takde keje sangat je nak main bende alah nie. tapi kan, it's sweet bile ade orang yang still ingat tentang diri kite. auww sumpah sweet! sebabnye kan, aku saje laa gi try request my number kat inbox 2 orang kawan nie. diorang nie kawan aku mase kat MRSM dulu. last aku jumpe diorang, tahun 2003. maknenye 8 tahun lepas okay!
and the result is, diorang ingat aku wehh! haha senyum lebar aku bace status diorang. okay, bangga sangat pun tak elok kan. tapi sumpah aku tak expect langsung yang diorang ingat pasal aku lagi. sebab aku sendiri pun tak bape ingat pasal diorang. thanks guys! gile terharu aku kot. nak nangis, over sangat tuu. hilang ke-macho-an aku nanti! >__<
tapi aku tak berani nak join main bende alah nie sekali. sebab aku takut nanti ade yang request dan aku tak tau nak describe ape pasal orang tu. kang kecik ati die, tak pasal-pasal dapat dosa. taknak laa kumpul dosa banyak-banyak dah sempena tahun baru yang mulia nie. ececeh ayat nak bajet suci jee.
dah laa tu kot. sejak ade blog nie aku rase aku kuat membebel sorang-sorang dalam blog macam orang gile sakai. taip pulak tu laju-laju macam budak tak cukup umur nak musnah kan keyboard. tapi aku bersyukur sekurang-kurang nye aku belum gila lagi. cuma selalu menghadapi masalah penderaan mental. takpe, kuatkan semangat. tabahkan hati ♥
p/s - esok nak balik penjara dah!
Sunday, December 19, 2010
Apa ertinya kawan?
entri ini ditulis oleh Fatin Rahmat pada jam 10:12 PM
.K.A.W.A.N.
ape ertinya kawan pada aku?
dari kecil lagi aku diajar berkawan. tapi dalam hidup aku, kawan silih berganti. datang dan pergi. sebab dari kecil, sekolah aku tak pernah tetap. rumah aku selalu berpindah. makanya aku suka berkawan. suka bergaul dengan orang. tak kira lah siapa dia.
senarai sekolah aku :
1 - Sekolah Rendah Assunta Convent, Kuantan Pahang (darjah 1 - darjah 3)
2 - Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan (darjah 4)
3 - Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan (darjah 5)
4 - Sekolah Convent Klian Pauh, Taiping Perak (darjah 6)
5 - Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah (tingkatan 1 - tingkatan 3)
6 - Sekolah Menengah Convent, Taiping Perak (tingkatan 4 - tingkatan 5)
dan setakat nie aku dah berpindah randah dan menetap dalam 5 buah negeri. banyak tempat dah yang aku pergi. ada antara kawan-kawan yang aku still ingat. tapi kebanyakan nya aku dah tak ingat sebab dah lost contact. bukan niat aku untuk lupa kat kawan-kawan. tapi kalau dah lost contact, mane lah aku nak ingat. sedangkan nota-nota yang aku hafal pun boleh lupa =.="
aku banyak belajar pasal kawan. perangai, tabiat, body contact, even dari tulisan pun aku boleh tau condition diorang. itu belum masuk lagi jenis kawan. macam-macam jenis dah aku jumpa. betul lah cakap orang, dalam hidup nie memang susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kite.
aku tak pernah menyesal mengenali kawan. sebab bagi aku, dunia nie tak indah tanpa kawan. aku tak pernah menyesal tolong kawan. sebab aku berpegang pada hukum karma. kalau kite tolong orang, insyaAllah orang akan tolong kite balik. walau buruk pun seorang kawan, mereka tetap kawan aku.
ada orang cakap aku sombong. ade orang cakap muka aku kerek, susah nak senyum. ade orang cakap aku peramah. ade orang cakap aku baik sangat. ade orang cakap aku nie easy going person, kelakar, suka buat lawak bodoh. terpulang lah ape orang nak cakap. aku terima. yang penting, kalau nak menilai aku, kenal lah aku dulu.
aku jugak jenis yang menghargai kawan. mungkin sebab aku takde kawan rapat. so aku sayang dekat kawan-kawan yang aku ada sekarang nie. tak pasti lah diorang perasan ke tak yang aku ambil tahu hal diorang. tapi yang pasti, aku sayang semua kawan aku.
maybe ade yang annoying dengan sikap aku yang kadang-kadang caring terlebih. but don't get me wrong okay. aku ambil tahu hal korang pun sebab korang kawan aku. kalau tak, no point lah aku nak tanye khabar, sebok hal korang. tapi ade jugak kawan yang aku buat tak tahu je. sorry. but i do care of you, friends.
cukup la setakat nie entri pasal kawan. aku takut kang aku nangis lak tetibe. muahaha
thanks buat yang sudi membaca entri nie. love you all.
Saturday, December 18, 2010
alahai, perlu ke kerek sangat?
entri ini ditulis oleh Fatin Rahmat pada jam 4:32 AM
pergh sentap betul aku. baru ingat nak tido aman damai malam nie. tapi berbulu pulak rase ngan mamat sorang nie. tau la baru dapat awek. kau nak jage sangat hati awek tu, beragak la sikit weh. sebelum nie aku tak pernah nak marah orang sampai publish kat blog dengan kata-kata macam nie. tercabar pulak rase bile kau buat member macam nie.
memang aku tak rapat pun ngan kau. bile tengok kau update status "kene pergi kem kepimpinan" tu, saje la aku nak komen. then sebagai kawan, aku anta la wall post, "selamat bertugas". tup tup bile check balik, takde dah wall post tu? komen kat status pun hilang?
aku tak faham apsal kau delete. nak kata aku nie ex kau, jauh sekali. nak kata aku menggatal tu tak pernah hayat aku pulak nak menggatal ngan pakwe orang. eh kalau kau tak update status tu, takde laa aku nak pegi wish segala bagai la baii.
aku takkan marah kalau kau PM aku, explain sikit ape tujuan kau delete sume tu. tapi sekarang nie aku rase macam nak pegi semak kan wall kau pulak. nak tengok kau delete lagi tak. boleh?
hehh mamat, kalau kau rase kau boleh bahagia dengan awek kau bile kau buat kat member macam nie, kau pegi jalan laa. hukum karma kau jangan lupe. sumpah aku benci spesies manusia macam kau lahh! gggrrrr
_______________________________________
update
nie latest news, ade orang lain anta wall post kat mamat nie. tapi die tak delete. sebab ape? sebab yang anta tu lelaki. hah memang terbukti la mamat nie jadi 'bias' ngan member sebab sayang awek kan kann.
nie soalan untuk kaum adam kat luar sane :
korang kalau dah kapel, memang tak bole kawan ngan perempuan eyh?
=.="
Friday, December 3, 2010
♥ 3 December ♥
entri ini ditulis oleh Fatin Rahmat pada jam 10:09 AM
Happy Birthday!
sweet 2Oth!
buat sahabat/teman/kawan/adik,
| hantu CHOCOLATE! |
| suka pakai LENSE! :P |
| gila KAROK! :) |
| nanti kite main GITAR same-same lagi eyy. do take care of yourself! ♥ Fatin sayang Ieqa ♥ |
Monday, September 6, 2010
projek BIS, siap
entri ini ditulis oleh Fatin Rahmat pada jam 11:07 PM| our team member |
hari nie jadual penuh, padat, penat! start dari bangun sahur, tak rehat lagi nie. semata-mata nak siapkan 1 daripada keje mase cuti nie. haishh lepas sahur, sempat online kejap. dalam pukul 6.30, terus mandi siap² sebab nak follow abah gi keje. mintak abah tolong anta sampai monorail Hang Tuah je. and then naik dr situ sampai kL Sentral. turun, amek KTM pulak ke stesen Seri Setia. pukul 9 tepat aku sampai sebab kate Fizah, pukul 9 abah die nak tolong amek ktorng. tapi bile dah sampai, macam biase laa, Fizah still kat umah! ggrrr ~ tapi takpe, pukul 9.30 Nina pulak sampai. sementara nak tunggu Fizah, ktorng penuhkan memory camera dgn gamba² comel. jom tengok!
| ehh apsal macam ade bende begerak je blakang kite eh? |
tengah syok² begamba, Fizah kol. ingat nak kencing die, cakap yg ktrong turun kat stesen yg salah. tapi bile dengar sore die, sian laa plak. hoho. ok, next task pegi kilang Dutch Lady merangkap tempat keje abah Fizah. boo nervous tak yah cakap. tapi aku poyo buat² cool. mane tak nye, dorg nie semacam menggelabah. kalo aku ikut menggelabah same, memang tak siap laa keje nie hari nie. huhu. interview macam hampehh. tak tau laa ape ktorng buat. tengok jela hasil nanti. haha. ok, gamba lagi ~
| Fizah Teridi & anak lembu |
| Nina Hazrina & bapak lembu |
Home





