بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Kemaafan adalah dendam yang terindah

tajuk entri dah macam tajuk lagu Aisyah. takpe, pinjam kejap je. jangan saman saya! :P

bulan lepas aku ade post satu entri MARAH kat sorang Hamba Allah nie. tapi malam nie baru laa aku tau segala-galanya. Hamba Allah tu dah explain kat aku kenapa die buat macam tu. itu pun lepas aku tanye direct kat Hamba Allah tu. kalau tak, entah sampai bile agaknye marah aku kat die. tapi nie bukan salah aku. siapa suruh die tak explain dari dulu kann..

tak kisah laa ape pun. janji aku dah maafkan die. bukan salah die pun. die cuma nak jaga hati awek die. tapi kenapa aku yang jadi mangsa? aku pun tak tau. lepas nie memang kene avoid kan diri dari mereka nie. aku taknak cari gaduh, taknak cari musuh.




p/s - online test now! babaii~

Monday, January 17, 2011

tolong jangan tanya tentang MPP!

okay entri nie bukan nak perasan HOT tak tentu pasal. entri nie jugak bukan entri marah atau tak puas hati or yang sekutu dengannye. tapi aku cume rase macam dah cukup rimas ngan soalan-soalan cepu mas "kau tak apply jadi MPP ke Fatin?" hehhs


aku tau ramai yang mengidam nak jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) kat kolej nie. tapi bukan aku. aku tak berminat LANGSUNG. buat ape dapat sijil MPP tapi tak bole nak fokus belajar. aku nie bukan "mesin multitasking" yang bole buat semua keje dalam satu mase. aku tau kemampuan aku. sebab tu aku taknak terlibat dah dengan aktiviti kolej. malas nak tambah beban kat kepala. course aku nie bukan senang nak score. tambah-tambah lagi orang macam aku nie! hmm

cukup laa sem lepas aku jadi Fasilitator and terlibat dengan kebanyakan aktiviti anjuran MPP. aku dah tengok semua keje MPP. bukan senang. stress je aku tengok diorang. sibuk ke sane sini buat keje. tapi student lain tau nak kutuk je. dikate MPP tak buat keje langsung. korang yang kutuk tu ade tengok ke ape yang MPP buat? tapi tu laa, mulut orang kann. nak taknak kene tabahkan hati. ade MPP yang tak tahan sampai menangis. bukan senang nak jadi pemimpin. sungguh! sebab tu aku taknak ambil risiko nie.

sem nie aku nak hidup aman damai. malas nak join pape aktiviti dah melainkan yang wajib jelaa. biar orang kenal aku dengan keramahan aku. bukan dengan populariti murahan dengan cara menjadi seorang MPP. aku buat statement nie bukan berniat untuk mengutuk orang yang pernah jadi MPP atau bakal jadi MPP okay! tapi sebab ade mulut-mulut yang cakap bahawa aku nie dikenali ramai. so bole laa menang undian. weh korang ingat nie undian student popular ke ape? =.="

lepas nie kalau jumpe aku, tolong laa ubah soalan. tanye laa aku nie "sihat tak?", "dah makan belum?" "kalau belum, nak belanje makan.." haa kan best bunyi tu. nie tak! dah laa dari jauh dah terpekik nama official aku kat facebook nuh. ingat aku tak segan ke? segan owhh. merah je pipi. tapi tak nampak laa sebab aku gelap! muahaha

kesimpulan nye kat sini, ramai lagi yang layak untuk bertanding untuk jadi MPP. tapi bukan aku. fullstop! buat teman-teman seperjuangan yang bakal bertanding menjadi bakal pemimpin kat kolej nie, aku doakan korang berjaya mencapai ape yang korang impikan. jadilah pemimpin yang ikhlas dan sanggup berkorban. semoga suara pemimpin pelajar kali ini akan didengari oleh pihak atasan. aminnn :)



p/s - sepanjang kelas hari nie aku ngantuk je. ape nak jadi nie Fatin!

Tuesday, December 14, 2010

YOU want to know something?






so please do not wonder why i'm not like before!
THANKS.

Friday, December 3, 2010

kerana terluka





*abaikan kata-kata dalam kotak pink tu.

Daisypath Anniversary tickers

Template by:
Free Blog Templates