بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!

Friday, October 15, 2010

erti persahabatan

lame dah aku tak update blog. malas campur tak tau ape nak tulis plus takde mase pun nak karang ayat dalam blog kesayangan nie. cewahh~ :)


ade story sikit nak share pasal insan bergelar sahabat. 
kisah nie buat aku touching gile. sumpah!

malam semalam lepas abis event marketiva kat dewan besar, roomate aku iera, hilang duit RM50. duit tu dalam poket dia. maybe tercicir mase dia buat keluar handphone dia dari poket. mase dah balik ke bilik baru dia perasan duit takde. memang menggelabah laa kan plus duit tu je yg dia tinggal. so nak taknak dia kene turun dewan balik cari duit tu. and result dia, memang TAK la jumpe balik. semalaman dia nangis tersedu-sedu. hilang punca kitorang nak pujuk dia. aku ade offer nak pinjamkan duit. tapi dia taknak. hmm


then geng² dia decide nak buat plan kutip duit sikit² sorang and buat² macam terjumpa duit tu balik. aku ingat diorang main-main je. sampai laa mase makan tengahari tadi, kak sha datang bilik bawak RM50 sekeping. dia cakap dia cari balik kat tempat semalam and ade jumpe duit tu dalam longkang. aku tau dia buat² je cerita tu. 


aku jugak difahamkan yg geng² iera nie pun tengah suntuk duit sebenarnya. sebab nak kene bayar duit untuk dinner DECOM kat hotel. perghh memang la diorang nie kawan, sahabat, teman sejati. respek gila ngan ape yg diorang buat nie. 


sekarang nie iera memang tak tau pape pasal plan nie. tapi yg penting muka dia happy je lepas 'jumpa' balik duit tu.


susah kan nak dapat kawan² macam nie skrg?

2 orang yg berminat dengan entri kat atas nie:

ieqa said...

geng kak sha memang baik sangatttttt ♥

Fatin Rahmat said...

kan? diorang bersatu je mase susah senang. sumpa jeles! huhu

Template by:
Free Blog Templates