بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Selamat Berkunjung ke Blog Fatin Rahmat!

Wednesday, December 29, 2010

Padah tak turunkan handbreak!


pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan dengan bunyi hon kereta bertubi-tubi. punah harapan aku nak sambung tido balik. geram, marah semua ade. aku memang pantang sikit kalau dengar bunyi hon nie. sebab tu kalau drive, aku tak suke sangat tekan hon. dah la aku baru je tido pukul 4.30 pagi tadi. ngantuk tak yah cakap la. tapi sekarang nie aku dah tak bole nak tido dah. sabau je lahh.

puncanye macam biase lah. ade kereta yang block kereta lain and tak turunkan handbreak die. dekat KL nie yang aku tak minat tu lah die. rumah berlambak-lambak. tapi tempat parking kereta ciput je. especially kalau duduk kat pangsapuri, apartmen ataupun kondominium. tak bole ke buat tempat parking macam dekat Shopping Mall tu? bertingkat-tingkat. senang orang nak parking nanti.

kat kawasan rumah aku nie kalau parking berlapis-lapis tu dah jadi trend agaknye. selagi muat nak sumbat kereta, hah sumbat laa celah mane pun. janji kereta tu tak halang jalan. tapi kesian kat driver yang baru dapat lesen. terketar-ketar diorang nak drive masuk kat celah-celah kereta yang parking berlapis-lapis nie. kadang-kadang tu sampai terpaksa tutup side mirror sebab sempit sangat laluan.

berbalik kepada kes handbreak tadi. dekat kawasan sini, kalau kereta tu dah parking block kereta lain, jangan la tak turunkan handbreak tu. susah orang nak alihkan kereta kau nanti. kalau orang tak dapat alih kereta kau, memang main hon bertubi-tubi laa sampai setengah jam. kalau kau tak turun alih kereta kau, alamat pecah la cermin kete kau. haruu

gangster betul rakyat Malaysia sekarang nie. dalam bonet kete masing-masing memang ade simpan kayu besbol agaknye. memang otai habis aku tengok mamat tu pukul cermin kereta sampai pecah tadi. fuhh dasat! yelaa, kalau aku pun geram. nak cepat pegi keje, ade pulak kereta block kan. tapi persoalan nye, patut ke buat macam tu? salah sape semua nie?

aku malas nak pikir. sebab otak aku akan mula berpikir bile dah start sem nanti. masa cuti nie aku akan "format" otak aku. so akan ade banyak "space" nak "save as" nanti. muahaha


p/s - aku nak sambung tido. tak kire! :P

2 orang yg berminat dengan entri kat atas nie:

Cahaya Kehidupan said...

owh..tatutnya nak tinggal kat KL,nasib baik cahaya tinggal kat melaka je...hehe

Fatin Rahmat said...

Cahaya Kehidupan : teruk sangat dah KL nie kan? huhu. haa kimsalam kat orang Melaka ye cahaya :))

Template by:
Free Blog Templates